EntertainmentNews

Uncle Roger ‘luluskan’ resipi nasi goreng oleh Gordon Ramsay, dapat skor A+++

Jika sebelum ini tular video ‘YouTuber’ popular, Uncle Roger yang mengecam kaedah memasak nasi yang ‘aneh’ oleh penyampai BBC, Hersha Patel, kali ini lain pula kisahnya.

Uncle Roger atau nama sebenarnya Nigel Ng baru-baru ini sempat menilai kaedah penyediaan nasi goreng oleh cef terkemuka, Gordon Ramsey.

Agak kecewa Uncle Roger apabila mengetahui bahawa Gordon merupakan seorang cef British. Ini kerana menurut pandangan Uncle Roger, masyarakat Barat tidak tahu cara sebenar memasak nasi.

“Uncle Roger tidak mempunyai harapan yang tinggi mengenai video ini. Cef British sudah banyak kali mengecewakan Uncle Roger. Mereka merosakkan hidangan nasi goreng”, ujar Nigel.

Ini kerana sebelum ini, Hersha dan juga cef terkenal, Jamie Oliver membuktikan bahawa mereka tidak tahu cara memasak nasi dengan betul.

Namun kali ini, Uncle Roger benar-benar terkejut apabila menyaksikan kaedah memasak nasi goreng yang ditunjukkan oleh Gordon.

Cukup mengagumkan Uncle Roger apabila Gordon menggunakan sisa nasi yang tidak dihabiskan untuk menggoreng nasi. “Langkah pertama, betul”, kata Nigel.

Dia juga kagum apabila Gordon menggunakan parutan lengkuas dan juga kuali untuk memasak nasi goreng. Malah Gordon turut menggunakan sambal dan rendang dalam masakannya.

Lebih mengujakan, Gordon Ramsay turut meninggalkan komen di bawah video yang dimuat naik Nigel tersebut.

“Gembira apabila kamu ‘luluskan’ (kaedah masakan), Roger!”, tulis Gordon. Ayuh saksikan video ‘penilaian’ Uncle Roger di bawah ini :-EraBaru

 

You may also like

Comments are closed.