Local NewsNews

Polis letak halangan konkrit di laluan tikus

JERTIH: Polis bercadang meletakkan halangan konkrit, selepas beberapa lorong tikus di sempadan Terengganu dan Kelantan diceroboh.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata penggunaan halangan batu berwarna kuning hitam biasa diletakkan di bahu jalan, menjadi pilihan terakhir jika rentas sempadan tanpa kebenaran masih berlaku.

Katanya, polis sudah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya untuk menyediakan halangan konkrit.

Beliau berkata, setiap lorong tikus biasanya diletakkan halangan menggunakan halangan diisi air dan kawat duri.

“Ada beberapa sekatan di lorong tikus dirosakkan individu dengan melakukan perbuatan khianat merosakkan sekatan yang diletakkan,” katanya kepada media ketika meninjau lorong tikus di Kampung Pachakan, Kuala Besut, di sini, hari ini.

Abdul Rozak berkata, sebelum ini ada 15 lorong tikus menghubungkan penduduk kedua-dua negeri itu.

“Bilangannya bertambah sehingga 26 lorong tikus sebaik sahaja polis menutup lorong tikus.

“Kita akan menutup semua lorong tikus yang boleh dilalui kenderaan terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Besut serta musim perayaan Aidilfitri,” katanya.–BeritaHarian

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News