Global NewsLocal NewsNews

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China esok

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China esok menerusi persidangan video.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata Sidang Kemuncak Khas itu akan memberi tumpuan kepada penilaian semula dan masa depan kerjasama ASEAN-China termasuk meningkatkan hubungan terhadap perkongsian strategik yang komprehensif.

Menurutnya China adalah rakan kongsi ASEAN paling dinamik dengan kerjasama dan kolaborasi dalam pelbagai sektor merangkumi kesemua tiga tonggak ASEAN.

“Penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak ini mencerminkan komitmen negara untuk terus mempertingkatkan lagi hubungan dialog ASEAN-China,” menurut kenyataan tersebut.

Wisma Putra berkata Malaysia berharap Sidang Kemuncak Khas itu akan membuka jalan untuk para pemimpin mencapai kesepakatan berhubung matlamat saling memanfaatkan ke arah menggalakkan keamanan, kestablian, keselamatan dan kemakmuran bersama di rantau ini.

Pada Sidang Kemuncak Khas itu, menurut kenyataan itu, Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri serta para pegawai kanan kerajaan.

You may also like

Comments are closed.

More in:Global News