Global NewsLocal NewsNews

Pameran Pelancongan CAEXPO 2021 bermula di Guilin

Pameran Pelancongan Ekspo China-ASEAN (CAEXPOTE)  2021  membuka tirainya di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Guilin, wilayah Guangxi, China pada 15 Okt,  bertemakan “merancakkan pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memacu perkembangan industri pelancongan berkualiti tinggi”.

Berpandukan Wawasan Perkongsian Strategik ASEAN-China 2030 pameran itu berperanan sebagai komponen dalam pembinaan BRI dan dilihat dapat menyumbang kepada pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang lebih padu sekali gus membantu pengusaha pelancongan China-ASEAN mengembangkan kerjasama ke lebih banyak negara terlibat dengan BRI.

Berlangsung di kawasan seluas kira-kira 25,000 meter persegi, ia merangkumi sejumlah gerai pameran yang masing-masing bertemakan “BRI”, “program pelancongan di seberang laut”, “program pelancongan domestik”, “kelengkapan industri pelancongan”, “penggunaan pelancongan”, dan “produk pelancongan antarabangsa”.

Lebih 330 buah syarikat daripada 10 negara anggota ASEAN dilaporkan menyertai pameran kali ini.

Pameran itu sebelum ini telah diadakan enam kali di Guilin yang dipilih menjadi tuan rumah kekal sejak 2015.

Selain menghimpunkan usahawan dari dalam dan luar negeri pameran ini terus memainkan peranan  penting dalam merancakkan kesalinghubungan, pertukaran dan kerjasama, serta merupakan pameran industri yang pertama dalam CAEXPO,  menyaksikan semua 10 negara anggota ASEAN.

You may also like

Comments are closed.

More in:Global News