EntertainmentNews

Kenalkan anak perempuan saya, Asha Azmi – Faye Kusairi

PETALING JAYA – Pelakon Faye Kusairi buat pertama kali mendedahkan wajah dan nama anak perempuannya yang selamat dilahirkan pada 13 Disember lalu.

Menerusi video dalam Instagramnya hari ini, Faye juga berkongsi tentang perkembangan terkini anak perempuannya yang diberikan nama Asha Azmi.

“Assalamualaikum semua. Kenalkan keluarga baharu saya, bidadari kecil Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi.

“Asha masih lagi jaundice (demam kuning) tapi semalam sudah diperiksa, bacaannya dah turun sedikit. Alhamdulillah.

“Terima kasih semua yang mendoakan Asha dan saya. Semoga kalian dibalas dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat serta dirahmati oleh Allah SWT. Amin!,” ujar Faye.

Terdahulu Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, dilaporkan terkena serangan Bell’s Palsy iaitu kelumpuhan pada otot ketika mengandungkan Asha 38 minggu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pelakon itu sedang menggosok gigi di rumah pada 4 Disember lalu sebelum dia dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.

Faye dan Azmi selamat mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 dan dikurniakan seorang anak Alif Azmi yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

You may also like

Comments are closed.