Local NewsNews

Kelantan benarkan 2 orang dalam 1 kenderaan

Kota Bharu: Kelantan hanya membenarkan dua orang dalam satu kenderaan bermula serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, bagi kenderaan yang membawa pesakit dibolehkan membawa tiga orang.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan terlalu ramai dalam kenderaan.

“Tiada perubahan dalam keputusan ini kerana ia sudah termaktub dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu termasuk membenarkan hanya dua orang dalam satu kenderaan kecuali membawa pesakit boleh tiga orang.

“Kita tidak mahu terlalu ramai orang dalam kereta,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Bagi Mengawal Penularan Covid-19 di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Pada perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Negeri Kelantan meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) buka ruang untuk masyarakat melakukan solat berjemaah dan beribadat di masjid.

“Kita minta prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat di masjid bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kalau jemaah tak patuh SOP, masjid akan ditutup. Ibadat penting, SOP juga penting dan mesti ada kerjasama yang baik antara rakyat,” katanya–Hmetro

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News