Local NewsNews

CDM sangkal dakwaan Muhammad Ziyad lewat 28 minit

CDM sangkal dakwaan Muhammad Ziyad lewat 28 minit
Megat D Shahriman berkata sebarang spekulasi yang tidak benar mampu menjejaskan proses siasatan. – Foto BERNAMA
TOKYO: Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli lewat ke venue pertandingan 28 minit, Selasa lepas.
Megat D Shahriman berkata dakwaan seperti dilapor sebuah akhbar tempatan Jumaat lepas yang memetik sumber kontinjen negara itu tidak tepat selain tidak pernah memberi sebarang input kepada mana-mana pihak mahupun pemberita berkenaan.
“Saya menyangkal dakwaan laporan akhbar itu. Cerita yang diberikan sumber itu tunggang-langgang,” katanya kepada Bernama.

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News

0 %