Global NewsLocal NewsNews

‘Berdebat isu 5G, tapi banyak kawasan hanya ada 3G, 4G sangkut’ – Syed Saddiq

'Berdebat isu 5G, tapi banyak kawasan hanya ada 3G, 4G sangkut' - Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan supaya memberi tekanan kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan rangkaian internet diperluas dan diperhebat.
Menurutnya, ketika Malaysia kini sedang berdebat berhubung isu teknologi 5G, masih lagi terdapat kawasan yang hanya ada teknologi 3G dan 4G yang tidak begitu baik.
“Ramai rakyat di kawasan saya dan juga mungkin di kawasan YB (Tan Sri Annuar Musa) … yang sering kita lihat, kita debat berkenaan 5G ialah kosnya sedangkan di rumah, rakyat masih menggunakan rangkaian 3G, 4G yang putus-putus.
“Sambil saya berucap, ada seorang rakyat kawasan saya menghantar mesej, menurutnya tiada rangkaian Unifi sampai sekarang, selepas bertahun, masih belum dapat. Rumah rakyat ini sangat dekat dengan rumah saya di Muar, lima minit saja, tetapi tiada rangkaian Unifi.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa ketika menyambung penggulungan mengakui bahawa kedudukan rangkaian di Malaysia tidak merata, masih ada lokasi yang rangkaiannya tidak begitu berkualiti.
“Mungkin ramai di kalangan masyarakat tidak faham bagaimana mekanisme ini terjadi. Walaupun sesuatu kawasan itu ada rangkaian dengan kelajuan tertentu tapi pengalaman mereka bergantung kepada situasi pada satu-satu masa.
“Misalnya kalau kita pergi Melaka sekarang, setiap tempat di Melaka itu hadapi pengalaman yang tidak memuaskan. Kebetulan bila buka rentas sempadan, pelancong ramai dan banyak yang gunakan rangkaian.
“Sekolah juga dengan sistem selang-seli, kemudian berlaku pula pilihan raya. Bila penggunaan serentak, pengalaman kita hadapi dalam keadaan normal mungkin baik tapi sekarang sudah jadi tidak baik,” ujarnya.
Begitupun, katanya, kerajaan akan memantau situasi tersebut dan cuba mengatasinya pada masa akan datang

You may also like

Comments are closed.

More in:Global News

0 %