Local NewsNews

Bekas ADUN Asahan, Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia

Bekas ADUN Asahan, Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia
MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia hari ini.
Allahyarham yang juga bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka sekitar 1.04 tengah hari tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, ketika dihubungi Astro AWANI.
“Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 dan saya ada hubungi pihak hospital untuk dapatkan pengesahan dan dimaklumkan beliau baharu sahaja meninggal dunia.
“Seluruh barisan kepimpinan BN negeri khususnya pemuda menzahirkan takziah dan semua agenda di DUN Asahan ini akan saya teruskan,” katanya ringkas.
Abdul Ghafaar sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebelum ditidurkan berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Bekas ADUN Asahan itu tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News

0 %