Local News

Pekerja Selia Selenggara dirempuh kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang semalam

JOHOR .

Berhubung dengan insiden pekerja Selia Selenggara dirempuh kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang semalam,
salah seorang daripada mangsa telah menghubungi admin dan meminta pemandu lori yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut mahupun saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Lori treler yang disyaki terlibat dikatakan melarikan diri selepas kejadian.

Dua mangsa dilaporkan cedera parah dalam insiden tersebut yang mana salah seorang daripada mangsa terpaksa dipotong pada bahagian tangan manakala seorang lagi akan menjalani pembedahan pada kaki akibat kecederaan parah.

Kerjasama dan keperihatinan anda amat dihargai.

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News