Local News

Kanak-kanak OKU berumur 5 tahun diterajang dan dipijak sampai mati oleh keluarga sendiri.

Anak kecil ini bukanlah malang, tapi meninggal dunia dan diselamatkan sebagai penghuni syurga.
Mangsa perempuan kecil yang kekurangan upaya itu tinggal bersama ibubapa dan beberapa ahli keluarga lain termasuk nenek saudaranya di Kampung Sungai Chinchin, Rawang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pada awalnya, emak saudara mangsa, 24, telah membuat panggilan kecemasan apabila menemui mangsa yang terbaring di atas lantai dan tidak bergerak.

Katanya pada masa itu, anak kecil itu telah mengalami sakit perut dan muntah sebelum pengsan di ruang tamu rumah mereka.
Pada masa yang sama, keluarganya turut enggan membuat bedah siasat dan mengatakan kejadian itu adalah sebahagian penyakit mangsa.
Rekod menunjukkan mangsa mengalami kekurangan upaya akibat lebihan cecair di dalam otak. Penyakit berkenaan telah menyebabkan mangsa tidak dapat berdiri ataupun berjalan dengan sendiri, dan sering membuang air besar tanpa sedar.

Pihak ambulans telah tiba di rumah mangsa tidak lama selepas itu. Namun, mangsa telah dikenalpasti meninggal dunia sebelum sempat sampai ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Apabila di hospital, pada awalnya mangsa diklasifiksikan sebagai kematian mengejut. Walau bagaimanapun, pihak polis dan hospital telah mengenal pasti beberapa parut di badan mangsa yang mencurigakan.

Antaranya adalah parut seolah dilibas dan kesan bakar pada badan. Temuramah awal bersama keluarga mengatakan mangsa mendapat parut-parut berkenaan kerana mengalami kesusahan bergerak.

Dengan ketidak pastian nasib mangsa, bedah siasat telah dijalankan dan mendapati usus perut mangsa telah pecah, kemungkinan besar akibat diterajang, dipijak ataupun dipukul dengan objek tumpul yang amat berat.

Kesan calar pada badan juga dikenalpasti sebagai parut libasan, kemungkinan besar daripada rotan. Manakala kesan bakar pada badan pula dikenalpasti sebagai kesan ubat nyamuk yang dicucuk pada kulit mangsa.

Lanjutan penemuan bedah siasat itu, pihak polis telah menangkap 6 suspek yang terdiri daripada ahli keluarga mangsa, iaitu 5 warga tempatan berbangsa Melayu dan 1 warga Indonesia yang merupakan nenek saudara kepada mangsa.

Nenek saudara mangsa, 55, adalah saspek utama siasatan dan disyaki telah menerajang mangsa di perut sehingga usus perutnya pecah.
Bapa mangsa yang tinggal bersama mangsa turut ditahan tapi telah menafikan sebarang pengetahuan berkenaan keadaan mangsa kerana selalunya tidak berada di rumah dan bekerja sebagai pemandu lori.

Kesemua suspek direman sehingga 7 Januari 2021 dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kes bunuh.

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News