Local News

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Didapati Bersalah Dalam Kes Rasuah RM2 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Bekas menteri wilayah persekutuan, Tengku Adnan didapati bersalah dalam kes rasuah bernilai RM2 juta.

Keputusan tersebut disahkan pihak kehakiman menerusi laporan ringkas BERNAMA pagi ini.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah terhadap Tengku Adnan. – Mahkamah Tinggi KL,” lapor BERNAMA.

Mengimbas kembali, Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

“Ahli Parlimen Putrajaya berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” memetik laporan awal BERNAMA pada 9.29 pagi tadi.

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News