Local News

Anjing diracun beramai-ramai di Ipoh.

SAFM sudah berkali-kali memberitahu awam bahawa tindakan meracun haiwan terbiar tidak akan menyelesaikan masalah kejiranan. Ia satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan KEJAM. Malah, tindakan ini menyalahi undang- undang Malaysia di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 31, di mana denda minimum RM 20,000 maksimum RM 100,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Malang sekali, ada pihak yang masih meracun haiwan. 10 ekor anjing didapati mati diracun di Puncak Jelapang, Ipoh baru-baru ini. SAFM meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. Kami akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini.

Ingat, membunuh haiwan adalah salah dari segi moral dan undang-undang. Teknik terbaik mengawal populasi haiwan terbiar adalah pemandulan secara beramai-ramai, bukan pembunuhan secara beramai-ramai.

No Animals Should Die of Hunger.

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News