Local News

130 kawasan alami gangguan air tidak berjadual

SHAH ALAM – Sebanyak 130 kawasan di daerah ini, Klang dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di, di sini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menerusi kenyataan berkata, bekalan air akan ditutup pada pukul 1 petang hari ini bagi memastikan kelancaran kerja pembaikan paip itu.

“Kerja itu dijangka siap sepenuhnya pada pukul 9 malam hari sama, dan bekalan air akan mula disalurkan selepas selesai dilaksanakan.

“Penutupan itu akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling,” katanya.

Air Selangor turut memaklumkan tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza dan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Justeru, para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan itu.

“Selain itu, pengguna perlu menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut,” katanya. -K! ONLINE

You may also like

Comments are closed.

More in:Local News