LifestyleNews

Mirip ‘Cable Tie’, Gelang Jenama Mewah Ini Dijual Lebih RM2 Ribu

Dunia fesyen sekarang semakin berkembang seiring dengan peredaran zaman. Ramai pereka fesyen menjadikan fesyen rekaan merekCable Tiea sebagai medium untuk mempamerkan dan menyerlahkan hasil seni dan kreativiti masing-masing.

Termasuklah rekaan fesyen bagi gelang tangan dan cincin terbaharu keluaran syarikat berjenama mewah ini.

Salah satu koleksi gelang tangan dari AMBUSH menjadi tular kerana rekaannya mirip dengan cable tie.

Umumnya, cable tie adalah pengikat serba guna yang bukan sahaja digunakan di rumah, malah jika kita pergi ke pasar raya, kedai serbaneka memang ada menggunakan jenis pengikat ini.

Rekaan gelang tangan AMBUSH ini menjadi buah mulut kerana dilihat amat menyerupai cable tie yang dijual di kedai-kedai sekeliling kita seperti MR DIY dan Eco Shop.

Difahamkan, ia adalah rekaan pereka fesyen AMBUSH, Yoo Ahn yang mana koleksi ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang, cincin dan anting-anting.Cable Tie Gelang Tangan Cincin Mewah
Cable Tie Gelang Tangan Cincin Mewah

Lebih mengejutkan, koleksi tersebut dijual dengan harga yang cukup mewah iaitu lebih RM2,000.

Walaupun harganya dianggap tidak masuk akal, gelang dan cincin mirip cable tie itu telah pun habis terjual secara dalam talian di laman Farfetch.

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan cincin dan gelang berkenaan yang dikatakan fesyen terbaharu masa kini.

Cable Tie Gelang Tangan Cincin Mewah

Cable Tie Gelang Tangan Cincin Mewah

Memetik sumber CNN, AMBUSH menggambarkan koleksi perhiasan tersebut sebagai sentuhan utilitarian klasik.

AMBUSH merupakan sebuah jenama yang menghasilkan pelbagai koleksi perhiasan berbentuk eksperimental.

Mula memasuki pasaran di Paris pada tahun 2015, kebanyakan rekaannya diinspirasi dari seni pop Tokyo.

Jenama ini juga sering bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal seperti Kim Jones, Off White, Shu Uemura, Nike, Gentle Monster, dan Rimowa.

Mana tahu, mungkin barang sekeliling yang anda rasa pelik dan nampak kebudak-budakan itulah akan menjadi fesyen mewah pada masa akan datang.

You may also like

Comments are closed.

More in:Lifestyle