Global News

Kenali Pasangan Suami Isteri, Saintis Asal Turki Yang Temui Vaksin COVID-19 Dengan 90 Peratus Keberkesanan

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa vaksin COVID-19 dengan keberkesanan 90 peratus berjaya dihasilkan. Berita berkenaan pantas mendapat perhatian banyak dan disifatkan sebagai harapan dunia ketika ini.

Bagaimanapun, ramai yang tak tahu bahawa pembangunan vaksin yang dikenali sebagai Vaccine. Pfizer and BioNTech itu hasil jasa daripada dua orang saintis yang juga pasangan suami isteri berasal dari Turki.

Mereka adalah Ugur Sahin, 55, dan isterinya Oezlem Tuereci, 53.

Sahin dilahirkan di Turki bagaimanapun membesar di Jerman selepas keluarganya berhijrah kesana ketika beliau berumur 4 tahun. Disana, beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di Universiti Cologne dan tamat pengajian pada 1990. Pada 1993, beliau mendapat Ph.D.

Beliau kemudian menghabiskan masa selama 8 tahun dengan berkhidmat di Hospital Universiti Saarland. Ugur akhirnya muncul sebagai seorang doktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang immunotherapy.

Manakala isterinya pula, juga seorang doktor adalah salah seorang ahli pengarah dalam syarikat BioNTech yang dimiliki mereka secara bersama. Beliau juga merupakan seorang anak imigran yang berhijrah dari Turki dan mengikut jejak langkah ayahnya yang sebelum ini juga bergelar seorang doktor.

Mereka berdua pada asalnya menubuhkan BioTech bagi melakukan penyelidikan dan pembangunan peralatan perubatan immunotherapy. Dalam usaha tersebut, mereka turut mendapat sumbangan dana daripada Yayasan Bill & Melinda Gates berjumlah USD 55 juta.

Penemuan mereka dalam penghasilan vaksin COVID-19 adalah sesuatu yang luar biasa. Sehingga kini, jumlah kes positif di seluruh dunia sudahpun melebihi angka 50 juta dengan kematian lebih 1.3 juta.

Sumber: Sky News, Muslim Mirror

You may also like

Comments are closed.

More in:Global News